top of page

Pertandingan Inovasi

Maklumat Umum

 

1. Penyertaan pertandingan terbuka kepada ahli PERKAMA, bukan ahli PERKAMA, pelajar atau pensyarah/penyelidik sama ada         secara individu atau berkumpulan.

​

2. Para peserta digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain               bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing.

​

Maklumat Khusus

 

1. Tujuan : Mengenalpasti produk dan inovasi yang boleh diketengahkan di dalam peringkat amalan kaunseling.

 

2. Yuran : Setiap penyertaan dikenakan tambahan RM 100.

 

3. Syarat-syarat :
 
    a) Produk dan hasil inovasi yang dipertandingkan mestilah berkaitan proses atau bahan pembelajaran dan pengajaran serta               penambahbaikan dalam amalan kaunseling.

    b) Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, yuran setiap satu penyertaan adalah          seperti yang telah ditetapkan.

    c) Setiap penyertaan mestilah didaftarkan melalui borang penyertaan dalam talian di laman sesawang.

 

 

 

Penyediaan Poster dan Kelengkapan

 

Setiap penyertaan akan diberikan :

 

1 ruang papan pameran saiz 3' x 4' (L x T)
1 unit meja peperiksaan
1 unit kerusi

 

1. Peserta perlu menyediakan dan mencetak poster saiz A1 (841 x 594 mm / 33.1 x 23.4 inci) mengikut kreativiti masing-masing         berdasarkan kriteria penilaian sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kos berkaitan adalah tanggungan peserta     sendiri.

 

2. Peserta dikehendaki membawa sendiri Gunting dan PELEKAT VELCRO bahagian HOOK sahaja. Hanya pelekat Velcro sahaja         dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan menampal poster pada papan pameran yang disediakan. 

 

3. Kemudahan internet dan soket individu tidak disediakan. Peserta disarankan membawa broadband sendiri bagi tujuan                   pembentangan dan sebagainya. Peserta hendaklah membawa komputer riba sendiri yang dicaj penuh (jika perlu). Pihak                 penganjur ada menyediakan 2 stesen mengecas di dalam Dewan sekiranya ada keperluan.

 

4. Peserta perlu sentiasa berwaspada terhadap keselamatan barang masing-masing sepanjang pameran berlangsung.

 

5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau sebarang kerosakan semasa dan selepas                         pameran berlangsung. 

 

 

 

Kriteria Penilaian

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penjurian

 

1. Peserta hendaklah membentang/ mempamer/ membuat demonstrasi inovasi masing-masing di hadapan juri sewaktu sesi             penjurian dijalankan.

 

2. Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan dan soal jawab adalah maksimum 5 minit sahaja.

 

3. Peserta (ketua atau ahli) diminta untuk berada di poster masing-masing sepanjang sesi pameran berlangsung bagi melayani         pelawat yang hadir.

 

4. Pertandingan ini akan diadili oleh juri yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke 20.         Keputusan pengadilan oleh juri adalah muktamad dan keputusan ini diaudit oleh juru audit bertauliah.

 

5. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa majlis penutup dan peserta perlu berada di lokasi pada masa tersebut             untuk acara penyampaian hadiah. 

 

 

 

Sijil & Pingat

 

Peserta pertandingan yang telah membayar yuran RM 100 akan membawa pulang 


- 1 unit sijil pencapaian yang tertera nama ketua dan ahli kumpulan

-1 unit pingat bergantung kepada keputusan juri samada pingat emas, perak atau gangsa

 

1. Tempahan boleh dibuat bagi sijil tambahan unutk ahli yang dinamakan  bersama ketua tetapi tidak hadir dengan bayaran RM 5     seunit sijil. 

 

2. Sijil akan dicetak berdasarkan senarai nama yang didaftarkan dalam laman sesawang Konvensyen Kaunseling Kebangsaan kali       ke-20 atau rekod dikemaskini daripada maklum balas peserta terhadap emel maklumat pendaftaran sebelum 14 April 2017.

 

 

 

Untuk pendaftaran pertandingan inovasi, sila isi borang penyertaan di pautan:-

 

https://goo.gl/forms/FOSuHbWwNhvI9fmb2 

 

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

 

017 - 3626558 (Cik Nawal)

 

atau

   

 

Emel kepada:

 

konvensyenperkama20@gmail.com

bottom of page